Monday, April 28, 2014

Hutan Lipur Berkelah – Air Terjun Berkelah pada 14,15 dan 16 mac 2014

SANTAI HABIS!

Hutan Lipur Berkelah terletak di Daerah Maran, Pahang.

Trip ini merupakan trip yang pertama dalam hidup aku, dengan dorongan dari Ketua Kelas PSSCMKPL Negeri Sembilan iaitu Abg Zulkarnain dan hiking expert ahli PSSCMKPL juga Abg Mad, aku ingin mencuba. keadaan ekonomi stabil.. cuba nak lakukan sesuatu yang baru padahal hanya nak lari daripada masalah buat sementara dan nak tenangkan fikiran.

Dengan semangatnya nak naik.. memperlihatkan gambar-gambar diGOOGLE, memang AWESOME GILA! huh! semangat packing barang. First time lak tuh... haha. bertolak dari kolej pada pukul 9 malam pada 14 mac 2014 berteman dengan adik-adik angkat aku yang comel nih Farhana Madio dan Farah Adilah. disebabkan kali pertama nak join hiking nih digelak pula aku nih oleh Abg Zul dengan Abg Mad sebab pakai beg sekolah untuk berkemping 2 hari 1 malam. Bukan tidak boleh pakai beg sekolah, tetapi beg ini lebih memudaratkan terutamanya di bahagian bahu dan perlu mengangkat perkakas-perkakas berat seperti flyers, bahan-bahan masak dan pelbagai. Tengok jer beg aku conform tidak membantu. Apa lagi tukar la beg la..

Berkumpul Di USIM nilai pada pukul 11 malam, bergerak 3 kereta , kereta Abg Zul ,Abg Mad dan Kereta aku. Farhana dengan Farah menumpang kereta Abg Zul, Abg Mad menjemput rakan-rakanya. Abg Mad menyuruh aku ambil 2 lagi sahabat yang juga turut menyertai dalam aktiviti ni diGombak. Dengan itu berkenalanlah dengan Pyedo dan Zamzuri. Shot jugak mereka nih,.haha

Berkumpul balik ketika perjalanan diHentian Bentong, disitu aku jumpa geng-geng Abg Mad. Mereka memang terbaik! cengini-giniaa tumbs ups aku.. haha mereka dengan kenalan digelar Pokcik Penyu, Abg Saiful. Pada mulanya aku ingat ni sahaja bilangan yang menyertai rupanya ada lagi satu kereta dari USIM juga iaitu Pok Diey, Atok Hansem, Yoo rien dan adiknya(tak ingat nama).. hehehe Setelah berkumpul kami sambung perjalanan kami ke lokasi tersebut. Abg Mad memang laju bawa kereta dah la kereta aku baru servis.. Tapi tidak mengapa, Alhamdulillah kereta tidak mengalami sebarang masalah. Laju juga aku bawa kereta.

Tiba pada 15 mac di lokasi dalam lingkungan 3-4 pagi disebuah masjid, rehat sebentar berkenal-kenalan dengan geng-geng awesome nih dan aku mula rasa selesa. Pada mulanya ingat terus jer naik(nampak sangat aku ni tak sabar) rupanya jauh lagi ke lokasi. Abg Mad kata akan menaiki OFFROAD nak masuk dan akan mula bergerak pada 7 pagi. setelah berehat Abg Mad mengagihkan barang keperluan untuk berkhemah, diasingkan sama berat untuk setiap ahli. Mujur la aku tukar beg kalau tidak, agak jenuh juga membawanya. Setelah jam 7 pagi kami semua berkumpul dan bersarapan warung disebelah masjid untuk menunggu kenderaan pacuan., Rupanya kami dinaiki sebuah lori getah.haha pengalaman terbaik. betul-betul pengalaman terbaik lah. Dengan terhunyun hayang kami dibuatnya dan turun disebuah jabatan runtuh.

Bermulalah pengembaraan kami untuk trip ini..hahaha aku ni awal-awal dah complain semput.. kami berjalan kaki dan terserempak dengan kumpulan dari Singapura. Abg Mad ketua dalam aktiviti ini sepanjang perjalanan, kumpulan dari Singapura itu mengikuti kumpulan kami. Aku nak tergelak jer dengan karenah Abg Mad haha asyik mengata kumpulan mereka atas sebab mengikuti sepanjang perjalanan kami. tidak apalah takut-takut mereka sesat. hehe dalam perjalanan kami terjumpa sebatang sungai, dalam hati aku memang tak sabar nak mandi.. haha ye la dah basah abis mandi peluh. Memang terpersona dengan keindahan alam yang dikurnikan oleh Maha Pencipta.

Memang semput, menaiki curam berbatu,dengan ketinggian curam licin berlumut  hampir 3 tingkat  kasut pula memang conform tak lulus JPJ..haha. Menurut abg Mad lokasi tapak kem kami terletak 7 tingkat setinggi 250 M dari aras laut. huh.. memang letihlee.. jauh pula tu.. sepanjang hiking kami.. track bahu sungai dan berbatu-batu.. baru tingkat pertama melihat kejernihan airnya memang mengancam! jernih dan hijau.. aku apa lagi jerit kat abg Mad ," Boleh tak kita stop dulu renang-renang pastu sambung hiking". Abg Mad balas " baru tingkat berapa belum tengok lagi tingkat-tingkat diatas lagi..haha" perghhh dengan tabahnya teruskan perjalanan..

Sedia ! haha packing-packing dulu. cek mana2 barang tertinggal
sarapan sebelum naik lori ke lokasi dan ini Abg Mad peneraju utama.. chewahh!
 naik lori ke lokasi..Dengan selamber jer pokcik penyu (baju hijau) duduk atas bumbung lori
boleh kena sekeh dengan jepon!

farhana dengan farah dan peace mereka
pasrah bau getah..hahaha
tudia!!ewah ewah.. hahaa! kumpulan dari singapura ikut dari belakang kami
Abg Zulkarnain dengan kemachoannya
rehat jap
posing.. smile 1, 2, 3 
track perjalanan kami, berbatu-bata licin dari kiri abg Zam, tengah
abg Mad dan kanan abg Pyedo
Alhamdullilah, setelah 3 jam atau lebih perjalanan sampai jua kami ditapak perkhemahan.. memang sempot abis , tarik nafas pastu hembus.. apa lagi mulakan buat persiapan pemasangan khemah, abg Mad, Pok diey dan wanita masak2. pokcik penyu sibuk dengan Hammock dia..ahaha. menu utama ikan patin! perghhhhhh  siang2 ikan, mencari kayu untuk dibakar, mana tidaknya BBQ di malam hari!..

Santai habis punya pasal.. terus mati akal x tahu nak buat apa.. pusing-pusing tengok sungai dari atas.. fulamak jernih kehijauan... sambil-sambil nak tunggu mereka masak.. apa lagi terjun sungai. Sebenarnya susah nak mengaku, aku memang tidak pandai berenang. nampak jernih sampai ke dasar sungai ni mesti tak dalam .. yang gelap tu conform dalam lah...haha.. Apa lagi minta Abg Zam test. katanya paras dada tu baru bahagian tepi-tepi sungai. Aku dengan yakinnya terjun sebab yakin tidak dalam sebab kejernihan nampak dasar. pastu terjun lalu terkapai-kapai sebab kaki tidak jejak..memang kelakar gila.. lama-lama biasa dah... haha tapi memang tak berani ketengah. Atok Hansem dengan Abg Zulkarnain tengah cuba memancing.. manalah tahu ada ikan kelah..

dah puas mandi sambil menunggu makanan sedang masak. bercadang  pula buat neslo sambil lepak di atas kawasan air terjun yang setingginya 50 meter.. Memang Awesome! pandangan kali pertama membuatkan aku bersyukur abis melihat kurniaan anugerah alam yang dikurniakan Allah untuk hambaNya dimuka bumi ini,, pekena pula dengan neslo... cengini-ginilaaaa tumb ups aku,, haha sambil-sambil borak melihatkan dibelakang kami ada batu besar yang hampir terjatuh kedalam sungai dan masing-masing kehairanan bagaimana batu kecil dapat menampung batu sebesar itu.. itu semua kuasa Allah S.W.T.. hanya terpenggun..  kembali kepada sungai kawasan air terjun melihatkan seperti kolam mandi yang jernih kehijauan.. setelah membaca notis kedalaman air mencecah 50kaki.. terdapat sebatang kayu balak besar yang tumbang sehingga tidak nampak penhujung balaknya tersebut.. memang psti aku tak akan terjun.. haha mandi bawah jer.. soram.... dan selesai, makan petang pula...

sedikit info.. siap ada model.
membuat persiapan perkhemahan
Dah sampai kat tingkat 7.. siap2 masak dan pasang khemah
pok diey dengan ketekunannya, kak yoo rien dibantu chef terkemuka
abg Mad
pekene ikan patin dengan suasana aircond semulajadi
memang terbaekk!

kejernihan air boleh nampak kedalaman sungai. pandangan dari tapak khemah.
aku dengan Zam.. buat Acrobatic dance (ye ke?)..haha 
Farhana ada  muka banyak cenyum.. terjun la ana...haha
Abg zul tgh  buat joran untuk memancing
Subhanaallah.. memang indah
Atok hansem tengah cuba memancing
terbaekkkk!! 
mandi manda dengan pakej tiupan angin dia.. perghh sejuk beb!

Memang betul-betul santai dimalam hari, dengan juadah enak makan BBQ, tambahan pula makan bihun best pedas gila yang dimasak chef dari johor iaitu Farhana. keenakannya sampai terbangun abg Epul dari tempat dia bersila (terkejut tergigit cili) sampai berpeluh kami menimatinya dengan ayam BBQ pusing.. haha ayam pusing (agak-agaknya apa yang difikir pokcik penyu ye?) memang best. Sesi Ice Breaking kenal-kenalan, pastu blur tak tahu nak buat apa. kes santai tak ada protokol.. haha apa lagi tidur la..Memang tidur awal.. mana taknya penat memandu dari Mantin N9 ke Maran Pahang, dah la sebelum tu kerja  pastu hiking.. perghhh tidur memang tidak ingat dunia.

Tidur memang best angin sepoi-sepoi sejuknya. memang tak bernasib baik malam tu hujan turun dengan lebatnya. Aku dikejutkan oleh Pok Diey. sedar-sedar jer dah banjir sudah tempat tidur aku basah abis, mana tak nya pasang flyers kat tapak takungnya air.. masa tu memang penat memang nantuk gila dah tak fikir dah tentang basah janji dapat rehat.


tengah berBBQ.. tak sabar nak makan... ahaha
bihun special dari ana..abg mad gaul2.. sampai sekarang teringatnya.. haha
makan malam bersama! lapo lapo~~ ayam pusing2..
keesokannya..Sesudah bangun membuat persiapan..membuat sarapan, ayam pusing ada lebihan dan panaskan.. melihat sungai yang semalamnya tenang dan jernih kini mengalir lebih deras, keruh dan bahaya...  hujan masih turun,, turun dengan lebatnya membuatkan kami tertangguh untuk menurun. Abg Mad sudah merancang untuk gerak awal supaya boleh mandi dikawasan bawah pula. Atas kepentingan keselamatan terpaksa tertunda sebab track yang berbatu basah disebabkan hujan dan berlumut. kami semua tunggu jer sampai berhenti.

Tetapi hujan hanya renyai-renyai tidak berhenti. Apalagi semua nak berhajat nak tangkap gambar dulu di air terjun setinggi 50 meter sebagai kenang-kenangan kami bersama. haha memang terbaik pandanganya.. walaupun air sungai agak deras ia tetang sesuatu pandangan yang agak menarik terutamanya pandanag air terjun. Setelah selesai bergambar mengangkat beg masing-masing kami mula bergerak kebawah dengan penuh berhati-hati.. meredah sungai, melalui celah-celah curam yang hanya bersebelahan dengan sungai yang deras.. ketika naik aku tak rasa sangat kegerunan hanya tahu panjat.. tetapi bila turun baru saya bagaimana keadaannya. sekali aku tersangdung landing punggung.. memang sakit. Walaupun dalam keadaan menurun, banyak sangat juga tekan brek. haha memang letih juga.. air minuman sudah kehabisan. Syukur Alhamdulillah terjumpa mata air bukit dicelah-celah batu ketika perjalanan. berhasrat untuk berhenti sambil menunggu yang lain dibelakang.. aku dah hilang sabar.. tidak tadah.. terus jer tekap muka dibatu sambil terngaga mulut.. hahaha memang penat.. mata air tu memang melegakan tekak.



Berkemas dan membersihkan kawasan sekitar.

makan- makan isi perut dulu sebelum turun.
bukan main senyum posing.. dik ayam dah hangus.
sebelum turun posing la dulu..

memang best giler!
tu dia!! kumpulan PSSCMKPL -N9 .. kami berlima jer.. sajer snap..
dah berkemas. sedia untuk bergerak..
sebelum turun.. snap2 dulu. bermula dari kiri, Abg Mad, Abg Epul , aku, pokcik penyu, Abg Zulkarnain, Pok die, adik, dan kak yoo rien... yang duduk Pok cik penyu Farhana, Farah, dan Pyedo.. yang tangkap gambar ni Zam ada gambar diatas sebelahan dengan Pyedo..






setiap kali berhenti pasti snap punya...

sampai kami dibawah.. badan panas.? terjun balik sungai..

Antara kenangan yang terbaekk!
Setelah beberapa jam turun kami sampai kesuatu tempat air terjun. ketika itu masih hujan singgah disebuah pondok. Badan dah peluh-peluh  dengan gatal-gatal... tak fikir panjang.. sambung mandi. memang best kawasan air terjun, hanya bersantai dicelah-celah batu menerima tempias air terjun. melihat Abg mad masak meggie, Atok hansem buat air.. macam-macam dia campurnya,.. tetapi bila dahaga... minum jer,, tak fikir dah pasal orang lain.. teruk juga aku nih.. dah sambung mandi la.. setelah itu kami sambung turun kebawah sambil tangkap gambar.. pantang berhenti pasti tangkap gambar.. Farhana dan Farah ni cuba beg hiking.. amboi siap posing masuk gambar. haha.. sampai lah expidisi kami disebuah flyover sambil menunggu truck pick up ambil kami untuk dihantar ke masjid.

Tibanya kami di Masjid. kami menyiapkan diri untuk pulang. Apa aku nak katakan trip yang pertama yang tak melibatkan protokol.. memang santai habis, kenangan tidak  boleh dilupakan.. trip ini mejadikan hiking sebagai hobi baru untuk aku melepaskan segala permasalahan. Abg Mad bila ada trip lagi aku nak join!! haha In Shaa Allah..

:)